assalamualaikum...
xbnyk bende saya nk tulis harini tapi just nak bagi korang bace puisi( emm puisi kot..rasenye la..;-p)
Hari ini saya belajar…….
Iya belajar tentang pelbagai perkara……………
Saya belajar,
Bahwa tidaklah penting apa yang saya miliki,
Tapi apa yang penting,
Adalah apa yang patut saya hargai
Selagi saya mampu
Saya belajar ,
Bahawa saya harus menghormati orang lain
Jika ingin orang lain meghargai saya
Saya belajar ,
Mengucapkan kata maaf
Tidak semestinya apabila melakukan kesalahan
Tetapi tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus
Walaupun pada hakikatnya saya tidak bersalah
Saya belajar ,
Bahawa saya harus memilih
Adakah menguasai sikap dan emosi lebih penting?
Atau sikap dan emosi itu yang akan menguasai saya?
Saya belajar,
Bahawa setiap manusia punya hak untuk marah
Tapi bukan beerti mereka harus membenci sesama sendiri
Saya belajar,
Sepahit -pahit kejujuran
Adalah lebih mulia
Berbanding semanis-manis pembohongan
Saya belajar,
Bahawa perlu masa bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya
Saya belajar
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya
tapi saya hanya dapat melakukan sesuatu yang
bermakna untuk orang yang saya cinta
saya belajar,
saya harus bersabar
walaupun pelbagai halangan yang datang
kerana setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya
saya belajar,
setiap manusia melakukan kesilapan dan kesalahan
jadi belajar memaafkan dan menerima orang lain
kerana saya juga seorang manusia
saya belajar ,
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan
bukan beerti bahawa dia tidak mencintai saya
saya belajar,
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda yang sama
tetapi dari sudut pandangan yang berbeza
jadi belajarlah
semoga anda sentiasa sedar dengan setiap perkara dan harus
berbincang dengan orang lain tentang tindakan yang kita ambil
kerana setiap tindakan kita kadang-kadang tanpa kita sedari
telah melukakan hati orang yang kita sayangi
salam sayang, suhada
No comments:
Post a Comment